Undangan Rasmi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla, Thailand (23 September 2011)






Untuk memuat turun,



Lawatan Kerja ke Wilayah Wengzhou, China (11-14 Ogos 2011)






Untuk memuat turun,



Lawatan Kerja ke Wilayah Fuzhou, China (9-10 Ogos 2011)






Untuk memuat turun,




Lawatan Kerja ke Wilayah Xiamen, China (7-8 Ogos 2011)






Untuk memuat turun



Lawatan Kerja ke Majlis Bandaraya Johor Bharu (20 Julai 2011)






 
Untuk memuat turun gambar



GALERI VIDEO



Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh 
pada 15/05/2009.


Sesi turun padang Dato' Haji Roshidi Bin Haji Hashim ke Pasar Taman Canning.



Dato' Haji Roshidi Bin Haji Hashim di Majlis Keluarga Mesra Aidilfitri Majlis Bandaraya Ipoh yang
berlangsung di Stadium Indera Mulia pada 21 September 2011.


TURPA JADUAL


PERUTUSAN



Majlis Bandaraya Ipoh adalah Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan sejak tahun 1893 sebagai Ipoh Sanitary Board oleh pihak British. Ia telah melalui beberapa variasi pentadbiran daripada town board kepada town council dan seterusnya menjadi Majlis Perbandaran Ipoh pada tahun 1962 dan akhirnya telah diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Ipoh pada 27 Mei, 1988. Pada hari ini, kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh meliputi 643 km persegi dengan populasi penduduk sejumlah 560 ribu orang. Terdapat 12 jabatan dengan pebagai fungsi untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pembayar cukai. Objektif utama Majlis Bandaraya Ipoh adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan kepada warga kota Ipoh, mengekalkan kesihatan awam, perkhidmatan perbandaran, kawalan perancangan dan pembangunan, pengurusan trafik, penyelenggaraan dan infrastruktur bangunan, lesen serta penguatkuasaan undang-undang kecil PBT. Peranan MBI kini diperluaskan termasuk membantu mempromosikan pelancongan dan industri.

Sebagai penjawat awam yang paling hampir dengan masyarakat, anggota Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengetahui kehendak warga kota. Namun kehendak-kehendak yang perlu dilayan adalah kehendak yang membawa kebaikan dan kemajuan, bukanlah kehendak yang membawa kemusnahan atau menunjukkan bahawa kerajaan ini lemah dan tidak progresif. Saya berbangga kerana terdapat beberapa kawasan sedang membangun dengan pesat seperti di Greentown Business Centre yang melibatkan pembangunan bercampur iaitu institusi pengajian tinggi swasta, agensi kerajaan, pusat membeli belah dan kawasan riadah. Projek terkini adalah pembinaan kedai pejabat berhampiran Dataran Bandaraya Ipoh dan Greentown Suria yang meliputi komponen pembangunan Pusat Rawatan Islam dan bangunan pentadbiran setinggi 8 tingkat beserta unit-unit apartment dan kedai pejabat 3 tingkat. Kawasan-kawasan lain adalah di sekitar Kinta City dan TESCO, Tambun dengan adanya Sunway City dan juga di Lahat dengan pembangunan Bandar Sri Botani.

Kawasan Chemor Selatan juga akan dibangunkan sebagai hub-halal manakala kawasan pembangunan Meru pula akan dibangunkan sebagai suatu kawasan satelit kepada pusat Bandar Raya Ipoh. Kelulusan pembangunan di kawasan Buntong atas tapak seluas 37 ekar di tapak yang kini menjadi lokasi setinggan, kuarters MBI, bengkel, depo dan Pejabat Perkhidmatan Bandar adalah sejajar dengan dasar kerajaan negeri untuk menghapuskan setinggan (setinggan sifar) menjelang tahun 2015. Tapak ini akan dibina supaya mereka sama-sama dapat menikmati nikmat pembangunan seperti mana kawasan sekitarnya. Penduduk setinggan akan ditempatkan ke lokasi baru yang lebih sesuai dan selesa untuk didiami. Saya kira, peralihan lokasi tol dari Jalan Jelapang ke Jalan Kuala Kangsar juga merupakan satu rahmat kepada bandaraya ini yang mana ianya lebih hampir dengan pusat bandaraya.

Saya menyeru kepada semua anggota MBI, yang merupakan anggota kerajaan peringkat ketiga iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, agar berazam untuk melaksanakan kerja dengan lebih berdedikasi dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dalam melaksanakan tugas. Jika bandaraya ini cantik, kita sendiri yang turut merasai nikmatnya. Pengunjung lain hanya menumpang menikmati kemudahan yang disediakan sedangkan kita tinggal dan menetap di sini, sudah pastilah kita mahukan yang terbaik untuk diri kita sendiri. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan yang terbaik harus diberikan, agar kita dapat menikmati hasil yang terbaik juga.


(Dato' Haji Roshidi bin Haji Hashim)

DPMP.,AMP., PPT., PJK

Datuk Bandar Ipoh.





video mbi






video ipoh









video ipoh






BUNGA RASMI BANDARAYA IPOH






Bunga kertas atau bunga bulang adalah panggilan biasa yang kita dengar untuk Bunga Bougainvilea. Bunga ini telah diisytiharkan sebagai bunga bandar sejak status menaik taraf Ipoh pada tahun 1988. Pihak-pihak berkuasa tempatan mula untuk menanam lebih banyak bunga Bougainvillea dalam landskap di sepanjang jalan-jalan, taman-taman & taman-taman rekreasi.Nama ini diambil sempena daripada seorang ahli pelayaran bangsa Perancis, A de Bougainvillea yang menjumpai pokok ini di Rio De Janerio pada kurun ke 17. Bunga ini telah dibawa ke Eropah pada tahun 1780an dan didapati pertama kali berbunga di Paris. Pada tahun 1830 dan di England, 10 tahun kemudian."B.Spectabilis" dan "B.Glabra" adalah diantara spesis-spesis yang mula-mula sekali ditanam.Seterusnya kacukan daripada dua spesis ini telah menghasilkan banyak hibrid dan kultiva. Adalah diketahui bahawa "B. Glabra Var Mrs.Butt" telah sampai ke Malaysia pada tahun 1923 dan diikuti pula oleh "Mrs. Mclean sepuluh tahun kemudian. Pokok bunga Bougavillea semulajadi itu telah terkenal dan menjadi pokok yang popular di taman-taman bunga dan halaman rumah. Terdapat lebih kurang 100 - 120 kultiva/hibrid bunga Bougainvillea yang ada di Malaysia.

Antara hibrid/kultiva yang popular:
  • B. Glabra Var
  • Mrs. Eva
  • B. Farmosa
  • Crystal White
  • Bougainvillea Poultinii
  • Mary Palmer
  • Singapore Beauty


DOWNLOAD


~GALERI AUDIO~


NEGARAKU

LAGU RASMI MBI

LAGU AMALAN 5S

MERINTIS KEJAYAAN MBI

1 MALAYSIA

WAWASAN 2020


~GALERI AUDIO~


~Galeri Foto Datuk Bandar~





~Galeri Foto Datuk Bandar~


JUBAH RASMI DATUK BANDAR



Jubah yang dipamerkan di Pusat Penerangan Pelancongan Bandaraya Ipoh.


Jubah rasmi Datuk Bandar Ipoh diperbuat daripada benang bulu yang berkualiti dan dikemaskan dengan bulu tiruan. Lengan jubah ini dihiasi dengan jalur baldu berwarna emas kekuningan. Jubah ini akan dipakai bersama dengan jabot renda di leher dan sarung tangan kapas yang berwarna putih. Datuk Bandar juga akan memakai "songkok" yang merupakan sejenis topi tradisional yang dipakai oleh lelaki Islam di Malaysia. Bersama-sama dengan jubah ini, Datuk Bandar juga memakai rantai dengan lencana lehernya. Rantai itu yang dibuat daripada Sterling perak dan emas saduran. Jubah ini dikatakan dibawa dari England kerana ia telah diterima pakai dari kod pakaian Datuk Bandar British.



DOWNLOAD


TENTANG PORTAL INI



Ipoh adalah merupakan sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta yang merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak Darul Ridzuan. Bandaraya yang berusia lebih 100 tahun ini telah banyak berubah dari segi pembangunan, ekonomi, kemudahan, sosial masyarakat, dan hubungan luar yang mana telah membawa dari status sebuah pekan yang kecil sehingga menjadi sebuah bandaraya yang serba moden dan canggih. Malah bandaraya Ipoh juga pernah diangkat sebagai salah sebuah bandaraya yang terbaik di Malaysia. Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa pandangan serta perancangan yang bijak oleh Datuk-Datuk Bandar Ipoh yang telah banyak berjasa dan menjadi wira di bandaraya Ipoh yang hebat ini. Portal ini dibina dengan bertujuan untuk menghargai serta mengenang jasa-jasa Datuk-Datuk Bandar Ipoh yang telah berkhidmat di Majlis Bandaraya Ipoh dan untuk menyumbangkan sumber maklumat berkenaan Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk-Datuk Bandar Ipoh serta maklumat berkenaan Bandaraya Ipoh. Kami berharap agar portal ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua.

Sekian.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host