DATUK BANDAR KETUJUH

 
YANG BERBAHAGIA DATO' MOHAMAD RAFIAI B. HAJI MOKTAR
  DPMP., PMP., KMN., AMN., AMP., PPT., BCM.

24/07/2006 - 05/06/2008


Dato’ Muhamad Rafiai Bin Haji Moktar adalah merupakan Datuk Bandar Ipoh yang ketujuh. Beliau telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ipoh dari 24 Julai 2006 sehingga 06 Jun 2008. Dato’ Muhamad Rafiai telah dilahirkan pada 6 Jun 1951 di Tanjung Piandang, Perak. Beliau telah memperoleh ijazah BA (Hons) di dalam bidang Pengajian Melayu dan Sosiology / Anthropology, Universiti Malaya. Beliau telah mula berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam pada September 1974 dengan menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah (Tanah) di Pejabat Tanah Kuala Kangsar. Kemudian pada November 1976, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah 3 di Majlis Daerah Kuala Kangsar. Pada 16 Jun 1978, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak. Dato’ Rafiai kemudian telah menjawat jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan Awam pada 16 Ogos 1982 dan sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Kinta Selatan, Kampar pada 16 Oktober 1988. Selain itu, beliau juga pernah menyandang jwatan sebagai Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Johor di Pejabat Kemajuan Negeri Johor, TimbalanPengarah Bahagian Penyelarasan Dasar Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka di Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, Pengarah Bahagian Sosial Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Bahagian Khas Unit Penyelarasan Perlaksanaan  Jabatan Perdana Menteri. Sebelum dilantik menjadi Datuk Bandar Ipoh yang Ketujuh, Dato’ Rafiai juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh dan Pegawai Daerah Perak Tengah.



DOWNLOAD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host