LATAR BELAKANG BANDARAYA IPOH


Perkembangan pentadbiran Ipoh berkait rapat dengan keluasan kawasan pentadbiran Ipoh. Ini jelas terbukti dari detik-detik sejarah yang akhirnya menaikkan taraf Ipoh sebagai Bandaraya dan Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya. Nama 'Ipoh' dipercayai berasal dari pokok 'Upas'. orang putih menyebutnya 'Epu' manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'. Sehingga tahun 1980-an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh dengn kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak. Selepas tahun 1874, perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai Kinta. Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah.

Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital baru pula dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis Pusat. Manakala tahun 1889-1890. Dalam tahun 1893, lebih separuh rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui. Jalan-jalan disusun semula dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board' telah diwujudkan dan ia bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang pelajaran, Sekola Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina dalam tahun 1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys,Ipoh. Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua besarnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Pada masa itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di lembah kinta diperbaiki. Jambatan kayu menyeberangi sungai kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.

Perkhidmatan dan kemudahan awam disediakan.Pembekalan bahagian sistem pembentungan ditubuhkan pada tahun 1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis pada tahun 1905. Kawasan lapang pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini dikenali sebagai 'Padang Ipoh'. Padang kelab Luba Perak dibina pada tahun 1904, 'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W Birch ( James Ewheeler Woodford Birch) telah dibina pada tahun 1909. Di antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah mula mengambil tempat di Ipoh.

Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat pendaftar kereta motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915, 'Kinta Saitary Board North' telah diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta District Board' yang diwujudkan diketuai oleh A.S Jelf di bawah pentadbiran 'British Military Administration' mengambil tempat. Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di bawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.

Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Datuk Bandar yang pertama ialah Dato’ Hj. Umar Bin Hj. Abu yang berkhidmat dari 27/05/1988 hingga 31/05/1993. Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan. Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul.




DOWNLOAD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host