TUGAS DATUK BANDAR IPOH


  1.  Bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan terhadap pentadbiran dan perjalanan Majlis Bandaraya Ipoh.
  2. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap, Eksekutif, Penasihat, Ad Hoc dan lain-lain jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis bagi tujuan membuat keputusan, polisi-polisi, perintah-perintah dan undang-undang kecil Majlis.

    Jawatankuasa Tetap

    (a) Jawatankuasa Pelantikan Anggota
    (b) Jawatankuasa Kenaikan Pangkat
    (c) Lembaga Tatatertib
    (d) Panel Pengurusan Sumber Manusia (PPSM)

    Jawatankuasa Eksekutif
    (a) Jawatankuasa Tender
    (b) Jawatankuasa Sebutharga
    (c) Jawatankuasa Kelulusan Setempat (OSC)
    (d) Jawatankuasa Bantahan Cukai Taksiran

    Jawatankuasa Penasihat
    (a) Jawatankuasa Penasihat Tujuan-Tujuan Am
    (b) Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan & Lalulintas
    (c) Jawatankuasa Penasihat Kewangan
    (d) Jawatankuasa Penasihat Pelesenan, Pengiklanan, Penjaja Kecil
    (e) Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Hartanah & Penswastaan
    (f)  Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan
    (g) Jawatankuasa Penasihat Sosial & Pendidikan
    (h) Jawatankuasa Penasihat Pengindahan & Kebersihan

    Jawatankuasa Ad Hoc
    (a) Jawatankuasa Pengurusan Majlis

  3. Meluluskan pelan-pelan pembangunan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Majlis.  Pelan-pelan berkenaan termasuklah pelan P.U. (Pinta Ukur), pelan susunatur, penyatuan tanah dan pembahagian tanah.
  4. Mengawas dan mengawal perjalanan dan keputusan-keputusan Majlis supaya sejajar dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri/Persekutuan.
  5. Menjalankan semua kuasa-kuasa Datuk Bandar sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta-akta lain yang berkaitan serta semua Undang-Undang Kecil Majlis yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  6. Meluluskan Sijil Layak Menduduki (C.F.) bagi bangunan yang sempurna dibina menurut Akta 133 setelah diperakukan oleh Arkitek dan Jurutera Bandaraya dan Sijil Layak Menduduki Sementara setelah diperakukan oleh pegawai-pegawai yang sama.
  7. Hadir dalam mesyuarat-mesyuarat Kerajaan Negeri, termasuk:
    • Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Perak (MTNg)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Perak (JKTNg)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Perak
    • Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Negeri Dengan Pegawai-Pegawai Daerah/Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak
    • Mesyuarat Jawatankuasa Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Awam Ng. Perak
    • Mesyuarat J/K Susulan Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Awam Negeri Perak
    • Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak
    • Mesyuarat J/K Perhubungan Antara Jabatan/Agensi Negeri, Persekutuan & PBT
    • Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Perak
    • Perhimpunan Bulanan Executive Talk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
    • Mesyuarat Lembaga Eksekutif Perak Investiment Management Centre (PIMC)
    • Mesyuarat J/K Pusat Penyelasaran Pelaburan Usahawan Bumipitera (COI Usahawan)
    • Meyuarat Panel Penasihat ICT Perak.
  8. Memberikan perakuan sokongan/tidak sokong kepada permohonan lesen-lesen hiburan (termasuk fun-fair, arked video dan lain-lain) yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Ipoh di bawah Enakmen 1936.  Di bawah Enakmen Hiburan 1977, Datuk Bandar akan dilantik menjadi Pegawai Pelesen yang akan mengeluarkan Lesen Hiburan di samping Lesen Premis.
  9. Menerima kedatangan dan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli perniagaan/sektor swasta.
  10. Menerima kedatangan dan berbincang dengan ahli-ahli rombongan dari Bandaraya Berkembar Fukuoka, Jepun dan bandaraya-bandaraya persahabatan yang lain.
  11. Menerima kedatangan dan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli politik, Ahli-ahli Majlis, warga MBI, orang awam, persatuan/pertubuhan, agensi/jabatan Kerajaan yang lain. 
  12. Mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat bermasalah dan memerlukan perhatian dalam kawasan Bandaraya Ipoh serta untuk tujuan usaha-usaha pembangunan.
  13. Mengadakan perbincangan dan mengetuai perhimpunan bulanan dengan pegawai/anggota MBI.
  14. Menghadiri lawatan sambil belajar, kursus, latihan, seminar, konvensyen yang berkaitan.
  15. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 
  16. Mengadakan perbincangan dengan Y.A.B. Menteri Besar dan Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri dari masa ke semasa.
  17. Menyiapkan kertas-kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  18. Memberikan berita/maklumat kepada akhbar-akhbar tempatan dan TV dan mengadakan persidangan akhbar.
  19. Memberikan maklumat kepada Kerajaan Negeri/Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dari masa ke semasa.
  20. Menjawab pertanyaan Audit, Biro Pengaduan Awam, Badan Pencegah Rasuah, Dewan Undangan Negeri dan Jawatankuasa Akaun Negeri.
  21. Memimpin usaha-usaha pengurangan tunggakan hasil dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan dan pembayar cukai.
  22. Hadir dalam majlis-majlis rasmi Kerajaan termasuk acara-acara keagamaan, perayaan kemerdekaan, sambutan ulangtahun keputeraan Sultan, Persidangan Dewan Undangan Negeri, Istana dan acara-acara tertentu.
  23. Merasmikan atau hadir dalam majlis kemasyarakatan, terutamanya dalam kawasan Bandaraya Ipoh seperti.
    (a)    Rukun Tetangga;
    (b)    Acara-acara dimasjid/surau;
    (c)    Badan-badan amal/sukarela;
    (d)    Persatuan-persatuan seperti Kelab Rotary, Kelab Lions dan lain-lain;
    (e)    Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung;
    (f)     Institusi pengajian;
    (g)    Gedung-gedung perniagaan.
  24. Meneliti surat-surat yang ditujukan kepada Datuk Bandar dan mengeluarkan arahan/keputusan dan minit-minit mesyuarat Majlis sebelum ditandatangani.
  25. Menandatangani perjanjian-perjanjian kontrak MBI bersama seorang Ahli Majlis dan Setiausaha Bandaraya
  26. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Y.A.B. Menteri Besar dan Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri dari masa ke semasa. 




    DOWNLOAD

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
    MAJLIS BANDARAYA IPOH
    Jalan Sultan Abdul Jalil,
    Greentown 30450,
    Ipoh Perak
    Tel : 05-2083333
    Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
    Emel : mbi@mbi.gov.my

     
    Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host