DATUK BANDAR KELAPAN

YANG BERBAHAGIA DATO' HJ. ROSHIDI B. HJ HASHIM
DPMP., AMP., PPT., PJK.

23/07/2008 - SEKARANG 


Dato' Haji Roshidi Bin Haji Hashim adalah merupakan Datuk Bandar Ipoh yang kelapan. Beliau telah dilantik menjadi Datuk Bandar Ipoh pada 23hb Julai 2008. Beliau telah dilahirkan pada 25 Disember 1955 di Kg. Singkir Darat, Bidong, Kedah Darul Aman. Dato' Haji Roshidi telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Singkir, Sekolah Menengah Merbok, dan di Sekolah Menengah Bidong sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Sains Malaysia pada tahun 1993 dan telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Politik. Beliau telah mula berkhidmat di dalam Perkhidmatan awam pada Oktober 1975 sebagai Pegawai Kerani di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kemudian beliau telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Siasatan Badan Pencegah Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur pada 16 November 1978. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan seperti Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan Malaysia, Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Besar Perak, Setiausaha Sulit Khas Kepada YAB Menteri Besar Perak dan sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh sebelum beliau dilantik menjadi Datuk Bandar Ipoh yang kelapan. Dato' Haji Roshidi adalah merupakan seorang yang agresif dan sensitif kepada permasalahan yang dihadapi oleh warga Bandaraya Ipoh. Beliau telah memperkenalkan dasar-dasar  yang membawa Majlis ke arah merancangkan ekonomi Bandaraya Ipoh. Beliau juga telah menarik pelabur dari pelbagai sektor untuk melabur di Ipoh. selain daripada itu, beliau juga telah mewujudkan Dasar Penambahan Hasil, pembukaan kaunter bergerak di kawasan perumahan,dan pembukaan dewan orang ramai untuk kegunaan awam. Dato’ Haji Roshidi adalah merupakan seorang Datuk Bandar yang tegas dan berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada beliau. Oleh itu, beliau telah menetapkan untuk turun padang pada setiap hari Rabu untuk meninjau kawasan-kawasan di Bandaraya Ipoh yang perlu ditangani dengan segera. Beliau juga akan membawa pegawai-pegawai majlis bersama untuk meninjau Bandaraya Ipoh.



DOWNLOAD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host