TENTANG PORTAL INI



Ipoh adalah merupakan sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta yang merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak Darul Ridzuan. Bandaraya yang berusia lebih 100 tahun ini telah banyak berubah dari segi pembangunan, ekonomi, kemudahan, sosial masyarakat, dan hubungan luar yang mana telah membawa dari status sebuah pekan yang kecil sehingga menjadi sebuah bandaraya yang serba moden dan canggih. Malah bandaraya Ipoh juga pernah diangkat sebagai salah sebuah bandaraya yang terbaik di Malaysia. Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa pandangan serta perancangan yang bijak oleh Datuk-Datuk Bandar Ipoh yang telah banyak berjasa dan menjadi wira di bandaraya Ipoh yang hebat ini. Portal ini dibina dengan bertujuan untuk menghargai serta mengenang jasa-jasa Datuk-Datuk Bandar Ipoh yang telah berkhidmat di Majlis Bandaraya Ipoh dan untuk menyumbangkan sumber maklumat berkenaan Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk-Datuk Bandar Ipoh serta maklumat berkenaan Bandaraya Ipoh. Kami berharap agar portal ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua.

Sekian.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host