DATUK BANDAR KELIMA

YANG BERBAHAGIA DATO' SIRAJUDDIN B. HJ. SALLEH
  DPMP., JSM., SAP., KMN.

03/12/2002 - 15/04/2004

Dato’ Sirajuddin Bin Haji Salleh adalah merupakan Datuk Bandar Ipoh yang Kelima. Beliau telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ipoh dari tahun 2002 sehingga tahun 2004. Dato’ Sirajuddin telah dilahirkan pada 27 November 1951 di Kg. Jelutong, Perak. Beliau telah memperoleh ijazah B.Econs (Hons) dari Universiti Malaya dan MPA dari Universiti of Sourthern Caliifornia. Dato’ Sirajuddin telah mula berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 1974 dengan menjawat jawatan Penolong Pengarah Kementerian Kewangan Malaysia. Kemudian beliau telah menjawat jawatan Penolong Pengarah (bahagian perjawatan) di Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan seperti Timbalan Pengarah Pusat Kontraktor di Jabatan Perdana Menteri, Penyelaras Program Pusat Pembangunan Pengurusan (PUSPA), Koordinator Asian Pacific Development Centre (APDC), Pegawai Tadbir dan Diplomatic Institut tadbiran Awam Negara, dan Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri sebelum dilantik menjadi Datuk Bandar Ipoh.




DOWNLOAD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host