LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA IPOH


Majlis Bandaraya Ipoh atau MBI terletak di Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, Ipoh, Perak. Di antara objektif Majlis Bandaraya Ipoh adalah untuk menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua penduduk dalam kawasan Majlis dengan menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf hidup penduduk dalam kawasan Majlis, memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perancangan pembangunan dalam semua bidang, menggalakan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam serta mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak di samping menggalakan industri dan pentadbiran, menggalakan pertumbuhan industri dan perdagangan dan berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk melaksanakan dasar Pembangunan Nasional.

Misi Majlis Bandaraya Ipoh ialah "Membina Bandaraya Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi, Sosio Budaya Dan Pembangunan Modal Insan " dan visinya ialah "Ipoh Bandaraya Sejahtera, Dinamik Dan Maju". Carta organisasi Majlis Bandaraya Ipoh terdiri daripada jawatan “Datuk Bandar (Dato Hj Roshidi Hj. Hashim)”  yang dibantui oleh “Setiausaha Bandaraya (Dato’ Abdul Rahim Mohd Ariff)”, “Pejabat Audit Dalam(Tn. H.J Ahmad Kamil Yang Ghazali)”, “Pejabat Undang-Undang (En. Shahrul Azrin)”, “Pejabat Korporat (Tn. Hj. Musa Dun)”, “Unit OSC (En. Wong Kam Lee)” dan “Unit COB (En. Abdul Manaf Abu Bakar).” Setiausaha Bandaraya pula dibantui oleh Timbalan Setiausaha Operasi (Hj. Ir. Badrul Hisham Kamaruddin), Timbalan Setiausaha Teknikal (Tn. Hj. Azizuddin Hj. Alias) dan Timbalan Setiausaha  Pengurusan (Pn. Hajah Saidatul Akma Jamaludin). Jabatan Kesihatan ( En. Mohd Alias Kamaruddin), Jabatan Hal Ehwal Komuniti (En. Zulkifle Jaafar Sidek) dan Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasa (En. Abdul Halim Saad) pula ditugaskan bawah Timbalan Setiausaha Operasi (Hj. Ir. Badrul Hisham Kamaruddin). Jabatan Perancangan (En. Zulqarnain Mohamad), Jabatan Kejuruteraan (Pn. Zuraina Kamarul Arif) dan Jabatan Bangunan (En. Mohamad Azman Mat Ariff) ditugaskan bawah Timbalan Setiausaha Teknikal (Tn. Hj. Azizuddin Hj. Alias) manakala Jabatan Lanskap dan Rekreasi (En. Meor Abdullah Zaidi Meor Razali), Jabatan Kewangan (En. Mohd Syazlan Mohd Isa Suffian) dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (En. Ahmad Suhaim Manap) ditugaskan bawah Timbalan Setiausaha  Pengurusan (Pn. Hajah Saidatul Akma Jamaludin).

Majlis Bandaraya Ipoh merupakan institusi pentadbiran yang istimewa kerana jenis perkhidmatan yang disumbangkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh adalah bervariasi. Antara keistimewaan Majlis Bandaraya Ipoh adalah, ia memberikan perkhidmatan secara langsung kepada para pelanggan dan juga perkhidmatan secara internet. Para pelanggan akan dapat menerima layanan secara langsung yang berkualiti daripada para pekerja di bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Perkhidmatan secara langsung ini bergerak secara sistematik. Terdapat pelbagai jenis jabatan yang terdapat di Majlis Bandaraya Ipoh. Antaranya ialah Jabatan Bangunan, Jabatan Hal Ehwal Komuniti, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kewangan, Jabatan Landskap Dan Rekreasi, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Jabatan Pentadbiran Dan Pembangunan Organisasi, Jabatan Perancang Pejabat Audit, Pejabat Perhubungan Awam, Pejabat Undang-Undang, Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan.

Dengan itu, segala urusan dapat diuruskan dengan lebih cepat dan teliti. Perkhidmatan Internet oleh Majlis Bandaraya Ipoh pula membekalkan perkhidmatan seperti E-Perkhidmatan dan E-Komuniti. E-Perkhidmatan memberikan perkhidmatan seperti e-Aduan, MBI GIS, Tender dan Sebutharga, e-Borang, Semakan OSC, My ID, My Bayar dan MySMS. Contohnya, perkhidmatan e-Aduan merupakan perkhidmatan yang membolehkan para pelanggan untuk membuat aduan melalui Internet manakala e-Borang pula pelanggan dapat memuat turun borang daripada portal web Majlis Bandraya Ipoh. E-Komuniti pula memberikan perkhidmatan tentang maklumat perpustakaan, dewan orang ramai, dewan bandaran, rumah pangsa, tempat letak kereta, sukan dan rekreasi, kaunter-kaunter melalui Internet.

Sebagai institusi pentadbiran tempatan, Majlis Bandaraya Ipoh telah mencapai pelbagai kemajuan serta anugerah. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh ialah Anugerah Inovasi MAMPU pada tahun 1991 yang melibatkan Bahagian Lalulintas, Jabatan Kejuruteraan yand berjaya mendapat tempat pertama dalam anugerah ini. Selain daripada anugerah ini, Majlis Bandaraya Ipoh juga telah berjaya mendapat tempat pertama dalam beberapa jenis anugerah kualiti. Antaranya ialah, Pertandingan Kebersihan Sistem Saliran Kawasan Bandaraya dan Majlis Perbandaran Di Seluruh Negara 1994 pada tahun 1994 yang melibatkan Bahagian Perkhidmatan Bandar dan Jabatan Kesihatan, Konvensyen KMK Peringkat Negeri Perak Sektor Awam Tahun 1997 pada tahun 1997 yang melibatkan Bahagian Letak Kereta, Jabatan Kewangan, Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan dan banyak lagi. Anugerah yang dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh tidak dapat dinafikan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh telah membuat kemajuan yang baik. Tidak dilupakan juga jabatan-jabatan yang terdapat dalam MBI yang telah menyumbangkan tenaga dan peluh dalam memajukan Majlis Bandaraya Ipoh. Selain daripada itu, anugerah yang telah dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh  juga boleh dikonklusikan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh telah mencapai kemajuan dari pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan, kewangan, pelancongan, kebajikan dan sebagainya. Kemajuan yang dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh merupakan tanda baik bahawa MBI kini akan lebih berkembang dengan maju lagi.

Terdapat pelbagai jenis cabaran yang dihadapi oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh. Antara cabaran yang dihadapinya ialah tugas membaik pulih jalan yang rosak. Ini merupakan cabaran yang perlu diatasi mereka dari semasa ke semasa kerana kerosakkan jalan raya kini giat berlaku. Mereka perlu membaiki jalan-jalan tersebut dan terpaksa menerima kritikan serta aduan para pelanggan yang menghadapi masalah. Selain daripada itu, membaik pulih jalan bukannya senang yang di seperti mana rakyat sangkakan. Perancangan yang baik serta tindakan yang tidak menyusahkan para penduduk merupakan aspek yang penting dalam menjalankan kerja sebegini. Selain daripada itu, aduan daripada para pelanggan serta permintaan yang tinggi menyebabkan para pekerja yang bekerja pada sektor khidmat pelanggan berasa tercabar. Mereka terpaksa menghadapi situasi begini tiap-tiap hari. Walau bagaimanapun, sikap kebijaksaan dan kecekapan para pekerja di Majlis Bandaraya Ipoh tentu dapat mengatasinya dengan baik dengan menguntungkan kedua-dua pihak.

Cabaran yang seterusnya dihadapi oleh Majlis Bandaraya Ipoh ialah ketumbangan pokok besar di sekitar tepi jalan. Mereka perlu memastikan keselamatan pengguna jalan raya terlebih dahulu supaya tiada seseorang pun tercedera dalam kemalangan tersebut. Seterusnya, mereka akan menguruskan pokok tersebut dengan beralihkannya ke dalam kereta truck yang besar supaya tidak menggangu ruang di jalan raya.  Kerosakkan tiang lampu juga merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Kerosakkan tiang lampu akan membahayakan para pemandu di jalan dan kemungkinan besar berlakunya kemalangan. Ini adalah disebabkan oleh kegelapan di sepanjang jalan. Situasi ini akan menyebabkan para pemandu berasa sukar untuk memandu dalam keadaan jalan raya yang terlalu gelap lalu terjadilah kemalangan jika tidak berhati-hati.

Sumber pendapatan wang Majlis Bandaraya Ipoh pula ialah pengutipan cukai taksiran. Cukai taksiran perlu dibayar oleh para penduduk di bandaraya Ipoh kepada Majlis Bandaraya Ipoh. Daripada situ, Majlis Bandaraya Ipoh akan menggunakannya sebagi sumber kewangan mereka. Penjualan kupon meletak kereta juga merupakan suber kewangan mereka. Para pemandu perlu membeli kupon tersebut jika mereka hendak meletak kereta mereka di sesuatu tempat untuk letak kereta. Jika mereka tidak menggunakan kupon tersebut, maka, saman akan dikena. Tapak penyewaaan juga merupakan sumber kewangan mereka. Pelbagai jenis penyewaan yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Antaranya ialah penyewaan bengkel, rumah kedai, pejabat-pejabat di plaza dan pelbagai lagi tempat dan penyewaan tandas awam. Segala hasil penyewaan akan dijadikan sumber kewangan mereka. Pembayaran bil-bil yang tertentu kepada pihak Majlis Bandaya Ipoh juga merupakan di antara sumber kewangan mereka.




DOWNLOAD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host