DATUK BANDAR KEEMPAT

 

YANG BERBAHAGIA DATO' HJ. TALAAT B. HJ. HUSAIN
  DPMP., JSD., PJK.,  PJM.

01/02/1998 - 02/12/2002

Dato' Hj. Talaat Bin Hj. Husain adalah merupakan Datuk Bandar Ipoh yang keempat. Beliau telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ipoh dari tahun 1998 sehingga tahun 2002. Beliau telah dilahirkan pada 27 Januari 1951 di Simpang Empat, Sitiawan, Perak. Dato' Hj. Talaat telah mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sains Politik) dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana dalam Pengajian Profesional (Perancangan Antarabangsa) dari Universiti Cornell, Amerika Syarikat dan beliau juga pernah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di London Business School dan Harvard Business School. Beliau telah bermula berkhidmat di dalam sektor Perkhidmatan Awam pada tahun 1973 sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dan kemudian memegang jawatan di Jabatan Perdana Menteri, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Istana Negara dan Kementerian Pelajaran. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan sebelum bersara, beliau telah sempat memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multi-Media Corporation dan Sepang International Circuit. Dato 'Seri Talaat juga merupakan seorang Pengarah Bebas Silver Bird Group Berhad dan Konsortium Logistik Berhad. Beliau juga memegang jawatan Pengerusi beberapa syarikat sendirian berhad dan kini merupakan Ahli Lembaga Outward Bound Trust of Malaysia.




DOWNLOAD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host