DATUK BANDAR KEENAM

  YANG BERBAHAGIA DATO' HASAN NAWAWI B. ABDUL RAHMAN
  DPMP., AMP., PPT.

01/05/2004 - 23/07/2006
  
Dato’ Hasan Nawawi Bin Abd Rahman adalah merupakan Datuk Bandar Ipoh yang keenam. Beliau telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ipoh dari tahun 2004 sehingga tahun 2006. Beliau juga digelar 'wira daratan' kerana pernah menyahut cabaran untuk mengelilingi dunia dengan mengayuh basikal. Dato’ Hassan Nawawi telah dilahirkan pada 9 Disember 1954 di Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar, negeri Perak dan beliau merupakan anak yang keenam daripada sepuluh adik-beradik. Dato’ Hasan Nawawi telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Manong dan seterusnya di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong dan SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Kemudian beliau telah meneruskan pelajarannya ke Universiti Malaya dan telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah Hubungan Antarabangsa pada tahun 1977. Seterusnya beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Pembangunan (MDA) dari University of Western Michigan pada tahun 1986. Dato’ Hasan pernah berkhidmat sebagai guru sementara di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong pada 1974 dan di SMK Dato’ Idris Pantai Remis pada 1977. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 19 September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, dan Kementerian Luar Negeri, dan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Selain daripada itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Pejabat Daerah Manjung, Pejabat Daerah Port Dickson. Kemudian dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Perak mulai 1 April 2002 sebelum menjadi Datuk Bandar Ipoh pada tahun 2004. Kini Dato’ Hasan Nawawi dilantik menjadi Ketua Pengarah Jabatan Sumber Manusia di Jabatan Perkhidmatan Awam. 


 
DOWNLOAD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host