BUNGA RASMI BANDARAYA IPOH






Bunga kertas atau bunga bulang adalah panggilan biasa yang kita dengar untuk Bunga Bougainvilea. Bunga ini telah diisytiharkan sebagai bunga bandar sejak status menaik taraf Ipoh pada tahun 1988. Pihak-pihak berkuasa tempatan mula untuk menanam lebih banyak bunga Bougainvillea dalam landskap di sepanjang jalan-jalan, taman-taman & taman-taman rekreasi.Nama ini diambil sempena daripada seorang ahli pelayaran bangsa Perancis, A de Bougainvillea yang menjumpai pokok ini di Rio De Janerio pada kurun ke 17. Bunga ini telah dibawa ke Eropah pada tahun 1780an dan didapati pertama kali berbunga di Paris. Pada tahun 1830 dan di England, 10 tahun kemudian."B.Spectabilis" dan "B.Glabra" adalah diantara spesis-spesis yang mula-mula sekali ditanam.Seterusnya kacukan daripada dua spesis ini telah menghasilkan banyak hibrid dan kultiva. Adalah diketahui bahawa "B. Glabra Var Mrs.Butt" telah sampai ke Malaysia pada tahun 1923 dan diikuti pula oleh "Mrs. Mclean sepuluh tahun kemudian. Pokok bunga Bougavillea semulajadi itu telah terkenal dan menjadi pokok yang popular di taman-taman bunga dan halaman rumah. Terdapat lebih kurang 100 - 120 kultiva/hibrid bunga Bougainvillea yang ada di Malaysia.

Antara hibrid/kultiva yang popular:
  • B. Glabra Var
  • Mrs. Eva
  • B. Farmosa
  • Crystal White
  • Bougainvillea Poultinii
  • Mary Palmer
  • Singapore Beauty


DOWNLOAD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
MAJLIS BANDARAYA IPOH
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown 30450,
Ipoh Perak
Tel : 05-2083333
Fax: 05-253 7396 / 05-208 3530
Emel : mbi@mbi.gov.my

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host